Nasional

Ismail Sabri santuni 41 anak-anak Rumah Amal Asnaf Al Barakh

MANTAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meneruskan Program Kongsi Rezeki Ramadan dengan menyantuni penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat di sini.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai untuk membantu pihak pengurusan rumah itu.

Seramai 41 orang anak-anak yatim yang berusia di antara lapan bulan sehingga 14 tahun tinggal di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh

Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, kunjungan ini bertujuan meraikan anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut bagi memastikan mereka tidak merasa terpinggir khususnya di bulan Ramadan ini.

“Anak-anak yatim merupakan golongan istimewa yang perlu disantuni bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sebagai tanggungjawab kita yang berkemampuan untuk meneruskannya di setiap masa,” kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Tambah beliau, program ini juga memupuk semangat sebuah keluarga – Keluarga Malaysia – untuk saling bantu membantu khususnya untuk golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.

Program Kongsi Rezeki Ramadan yang bermula pada 1 Ramadan lalu diadakan bagi menyantuni golongan asnaf serta mahasiswa institut pengajian tinggi termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa. – SM 

Artikel berkaitan > Ismail Sabri bimbang pandangan orang muda

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button