Nasional

Polis Belanda Kantoi Guna Perisai Rotan, Melayu Moden Nafi Ia Ciptaan Terbaik!

Tular sekeping gambar polis di negara Belanda menggunakan perisai rotan untuk mengawal rakyat mereka yang sedang cuba mencetuskan huru-hara.

Meskipun ia dibalut dengan kain pada bahagian hadapan, tekstur di belakang jelas menunjukkan ia diperbuat daripada jalinan rotan yang kemas.

Kelebihan rotan adalah lasak dan tidak mudah pecah berbanding buluh selain ia bersifat lebih ringan dan lebih praktikal untuk melakukan hayunan.

Namun demikian menerusi satu perkongsian Keris Empire yang menghasilkan dan menjual perisai rotan itu, ia mendapat kritikan daripada generasi Melayu moden.


Menerusi permasalahan ini, jelaslah negara luar lebih mengagungkan teknologi warisan orang Melayu berbanding orang Melayu itu sendiri.

Jati diri orang Melayu moden semakin pupus dan banyak memberi peluang kepada ideologi barat dan kini Korea Selatan untuk mengisi ruang hati mereka.

BACA >> Budak Melayu Sekarang Lekeh Perisai Rotan, Anggap Boleh Terbelah Kalau Diserang!

(Visited 22,296 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button