Politik

Hak kami utus warkah kepada Agong bantah PRU15 – Faizal Azumu

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, anggota Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) berhak mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dalam negara demokrasi, mana-mana pihak boleh menyatakan pandangan mereka.

“Ini negara demokrasi, kami fikir kami perlu sampaikan hasrat kami pada Agong.

“Ada pihak tak setuju dan ada ramai juga yang setuju. Tak perlu gaduh,” katanya pada sidang media di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang menyifatkan tindakan mereka itu sebagai tidak wajar.

Ahmad berkata menteri daripada PN sepatutnya menyuarakan pandangan berhubung perkara itu pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Sebelum itu, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan barisan menteri daripada PN menyerahkan warkah itu kepada Istana Negara bagi menyatakan rasa tidak setuju terhadap penetapan tarikh PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin yang turut mengesahkan perkara itu berkata surat bertarikh 3 Oktober sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lalu. – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button