MahkamahNasional

Kes bicara Zahid Hamidi dilapangkan kerana tidak sihat

PERBICARAAN kes membabitkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berhadapan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang ditetapkan hari ini dan esok telah dilapangkan susulan beliau dilaporkan tidak sihat.

Ini disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Beliau memberitahu, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini dan esok kerana tertuduh tidak sihat.

“Peguam meminta untuk menangguh perbicaraan sebab tertuduh dikatakan tidak sihat walaupun ada di pekarangan mahkamah.

“Atas sebab kesihatan, hakim membenarkan penangguhan. Hari ini dan esok dilapangkan,” katanya sambil menambah kes itu ditetapkan disambung pada 3 Feb 2022.

Prosiding hari ini turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Ahmad Zaidi Zainal.

Setakat ini, lima saksi pendakwaan selesai memberi keterangan pada perbicaraan tersebut sementara bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim, 62, masih di peringkat pemeriksaan balas.

Mahkamah juga menetapkan 18 hari untuk sambung bicara iaitu pada 3 Februari, 7 dan 8 Mac, 1 April, 10-13 Mei, 17-20 Mei, 30 dan 31 Mei serta 13-16 Jun.

Mahkamah juga menetapkan 25-29 Julai untuk hujahan lisan dan bertulis serta 24 Ogos untuk keputusan.

Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya selaku pegawai awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD1,150,000, RM3 juta, Euro15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau. – SUMBER FMT – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button