Nasionalpilihan

Jurulatih Muay Tay cabul, rogol pelajar 16 tahun berjaya dicekup

Taktik keji seorang bomoh berusia 50 tahun mampu merawat sihir sebaliknya dia mengambil kesempatan mencabul dan merogol seorang pelajar tingkatan 4, berjaya dicekup polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, susulan daripada laporan yang dibuat mangsa, polis berjaya menangkap suspek yang juga seorang jurulatih Muay Tay di Batu Berendam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Menurutnya, polis berjaya mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini terhadap lelaki yang berasal dari Kelantan bermula hari ini hinggga 23 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 KanunKeseksaan.

“Modus operandi digunakan suspek berasal dari Tumpat, Kelantan itu dengan memperkenalkan diri sebagai pakar perubatan tradisional.

“Kejadian bermula apabila suspek berjumpa mangsa yang berusia 16 tahun yang mendakwa kedai makciknya di Batu Berendam mengalami gangguan sihir dan menawarkan diri untuk membantu.

“Beberapa hari selepas itu kira-kira pukul 12.00 tengah malam suspek datang ke Kampung Sungai Putat sebelum membawa mangsa, ibu dan pakciknya ke kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya di Malim untuk berubat,” ujarnya dalam satu
kenyataan hari ini.

Zainol berkata, suspek yang menggelar dirinya Abang Mi kemudian menyuruh ibu dan pakciknya pergi mencari makan sementara dia bertinggal berdua bertindak merogol remaja itu.

Katanya, mangsa telah diugut agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ahli keluarganya.

“Susulan daripada kejadian itu, suspek kerap berkunjung ke rumah pengadu kononya untuk mengubat tetapi sebaliknya mangsa dirogol sebanyak empat kali di tempat lain sejak Ogos sehingga Oktober,” ujarnya.

Jelasnya, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu akhirnya membuat laporan polis kerana bimbang dia akan terus dirogol oleh suspek.

Katanya, mangsa kini masih mendapatkan rawatan di hospital susulan kejadian. – SM

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button