JenayahNasional

5 individu tampil bantu siasatan doktor jual sijil vaksin palsu

KETUA Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, beberapa individu yang mempunyai maklumat berkatian penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu di Terengganu sedia tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, setakat ini siasatan berjalan lancar namun kerjasama daripada orang awam terutama mereka yang memperoleh sijil tersebut tanpa suntikan sangat diperlukan.

“Buat masa ini terdapat lima orang awam bersetuju untuk tampil  menjadi saksi. Mereka mengaku tidak divaksin tapi telah mendapat kad vaksin untuk suntikan dos pertama.

“Pihak polis juga akan meneruskan siasatan… barang kes seperti komputer riba dan telefon bimbit akan dihantar ke forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman esok,” katanya.

Menurut laporan FMT hari ini, Rohaimi berkata, suspek utama kes iaitu seorang doktor lelaki di sebuah klinik swasta di Marang masih direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Sabtu lalu, doktor lelaki berusia 51 tahun yang mendakwa dirinya antivaksin ditahan oleh polis selepas disyaki menjual sijil suntikan vaksin Covid-19 palsu dengan kadar bayaran antara RM400 dan RM600. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button