Nasional

Warga emas parah diserang buaya ketika cari lokan

SEORANG warga emas parah akibat diserang buaya ketika mencari lokan di sungai dekat Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, di Lahad Datu semalam.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu menyebabkan mangsa yang  berusia 70 tahun  parah di kaki, tangan dan perut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa mangsa bersama isteri dan lima rakan sekampung ke tepi sungai untuk mencari lokan.

Katanya, tiba-tiba seekor buaya muncul di tepi sungai itu dan terus membaham kaki mangsa terbabit.

“Warga emas itu kemudian terus dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, keadaan mangsa kini dilapor stabil dan beliau turut menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan dan berwaspada dengan ancaman buaya ketika berada di sungai.
(Visited 497 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button