JenayahNasional

SPRM siasat 25 syarikat kemuka penyata akaun bank palsu

Niat ‘ligan’ kontrak lebih RM60 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan, 25 syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes mengemukakan penyata akaun bank mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.

Menurut SPRM, kesemua syarikat itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bagi melayakkan mereka mendapatkan kontrak bernilai lebih RM60 juta daripada syarikat pembersihan berkenaan.

Setakat ini SPRM telah menahan 25 individu disyaki terlibat di Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah, pada kelmarin dan semalam.

“Pihak SPRM masih mencari lagi pihak terbabit dengan ada antara mereka yang dikenal pasti sudah menukar alamat,” kata sumber SPRM seperti dilaporkan FMT hari ini.

Dua lagi individu ditahan dikenakan reman selama enam hari bermula hari ini selepas Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail membenarkan permohonan SPRM ke atas kedua-dua mereka yang berumur 37 dan 51 tahun.

Katanya, sehingga kini jumlah direman ialah 17 orang termasuk 15 individu yang direman antara tiga dan lima hari mulai semalam manakala lapan lagi yang ditahan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Semua mereka terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri itu berusia antara 31 hingga 77 tahun.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – SM

 

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button