Nasional

Akhirnya ada yang bersuara tentang pusat rekreasi dan gimnasium

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga penjelajah Grand Slam dan Atlet Sukan Lasak Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta agar kerajaan dapat membenarkan pusat sukan, taman rekreasi dan gimnasium dibuka semula kerana rakyat perlu bersukan demi kesihatan.

“Saya menyarankan agar tempat-tempat ini dapat dibuka demi kesihatan rakyat. Yang penting ikutlah SOP contohnya seperti kalau taman rekreasi, bukalah laluan trekking 1 laluan sahaja iaitu satu laluan masuk dan satu laluan keluar seperti di Taman Tugu. Di taman tasik pula, pastikan bersenam maksima berdua dan juga 1 laluan sahaja. Di gimnasium juga pastikan maksimum hanya 20 ke 30 orang sahaja mengikut keluasan gimnasium terbabit dan bersenam  maksimum 2 orang sahaja.

“Saya faham, pandemik Covid masih ditahap membimbangkan, tetapi sekiranya rakyat tidak bersukan, ianya juga membahayakan kesihatan.
Saya menyokong juga agar aktiviti sukan yang bukan berkumpulan, dibenarkan beroperasi semula,” katanya.

Ramai pengusaha gimnasium, kata beliau, juga amat terkesan dengan pendapatan mereka dan ada sebahagian mereka terpaksa menutup gimnasium mereka kerana tidak mampu membayar sewansan hutang bank.

“Saya mohon izin mewakili rakyat, pengusaha gimnasium, penggiat sukan rekreasi dan mereka yang suka bersenam agar kerajaan dapatlah pertimbangkan perkara ini segera.

“Saya melihat bila pasar malam boleh dibuka, kedai gunting rambut dan lain-lain, kenapa pula tidak kepada aktiviti bersukan yang bukan berkumpulan.

“Semoga kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ini segera,” katanya.

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button