Politik

MP pembangkang tidak tepati janji kepada rakyat – Tun M

AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah kecewa dengan kegagalan melakukan undi belah bahagi untuk menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat siang tadi.

Dr. Mahathir membayangkan ahli Parlimen Pembangkang yang tidak menyokong cadangan untuk diadakan undi belah bahagi sebagai tidak langsung rasa bersalah kepada rakyat kerana tidak menepati janji.

“Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada Ahli Parlimen, dan Kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi saya dan semua ahli Parti Pejuang, serta beberapa ahli Parlimen yang lain, kami tetap berpegang kepada janji kami untuk menolak belanjawan seperti yang dinyatakan sebelum ini,” kata Dr. Mahathir.

Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Usul undi belah bahagi yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena (Amanah) Datuk Mahfuz Omar gagal selepas hanya mendapat 13 sokongan termasuk dirinya. Untuk melakukan undi belah bahagi memerlukan sokongan 15 ahli Parlimen.

“Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa Kerajaan yang dipilih rakyat boleh dijatuhkan di tengah jalan dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Pilihanraya tidak bermakna lagi,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir menegaskan beliau dan tiga ahli Parlimen serta beberapa ahli Parlimen yang lain tetap berpegang kepada janji kami untuk menolak belanjawan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Katanya, mereka yang menyokong undi belah bahagi tidak berganjak daripada pendirian asal atas dasar amanah dan tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat.

Menurutnya, ahli Parlimen terbabit juga tetap dengan pendirian menentang apa sahaja bentuk rasuah dan berharap rakyat juga akan sedar da menolak rasuah.

“Hanya dengan penolakan rasuah sahaja yang kehancuran negara dapat di elak. Perasuah, penjenayah dan segala bentuk penyamun boleh bentuk Kerajaan hanya dengan mengguna wang untuk membeli undi dan wakil pilihan rakyat.

“Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendiri Kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka.

Selain Dr. Mahathir, tiga lagi ahli Parlimen Pejuang iaigtu Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shaharuddin Md Salleh (Sri Gading) tetap tidak berganjak dengan pendirian menolak Belanjawan 2021.-SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button