pilihanPolitik

BN takkan merasa jadi Kerajaan selagi Zahid tidak letak jawatan hari ini?

Barisan Nasional (BN) sebenarnya peluang yang cukup cerah untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) yang menang 73 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun malangnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Presidennya enggan berundur daripada melepaskan jawatannya biar pun trend menunjukkan rakyat sedang menolak dirinya untuk menerajui BN.

Dalam tempoh 24 jam sahaja, ramai pemimpin UMNO meluahkan gesaan meminta Zahid berundur kerana permainannya banyak makan diri di samping banyak perkara yang dijanjikan kepada ahli ‘dinajiskan’.

Misalnya penyandang Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid menulis dalam Facebooknya bahawa Zahid secara jelas telah menipu dan menyakitkan hati wanita UMNO yang banyak bekerja keras.

“Presiden dan MKT berjanji 30 peratus calon wanita untuk PRU15, tetapi janji dilanggari. Hancur hati Wanita UMNO/ BN yang setia dan kuat bekerja. #maruahWanitaUMNO? #JAWAB!!,” tulisnya.

Dalam masa sama, Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut meminta Zahid membuat tindakan itu segera kerana gagal membawa BN dengan baik.

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, yang mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.

“Dengan penuh rasa hormat dan takzim, saya mohon supaya Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Presiden dengan kadar segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak lakukan pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button