Rencah Hidup

Wallpaper jahanam: Telefon pintar gagal berfungsi

BERHATI-HATI menggunakan imej latar belakang atau wallpaper yang semakin tular di ketika ini pada telefon pintar anda.

Ini kerana, hanya disebabkan oleh sekeping gambar, telefon pintar anda tidak akan berfungsi kerana ia menjadi lumpuh.

Itulah yang terjadi pada sesetengah pengguna sejurus menggunakan imej latar belakang atau wallpaper yang semakin viral ketika ini.

Jika anda terlihat wallpaper memaparkan pemandangan indah di tepi tasik, lebih baik jangan berani untuk meletakkan ia sebagai wallpaper di telefon pintar.

Ini kerana jika anda menggunakan sistem operasi Android, sebilangan peranti akan tersekat pada ‘boot loop’ dan ada juga yang akan gagal beroperasi sebaik sahaja peranti dihidupkan semula.

Antara yang menjadi mangsa adalah Mohamad Rahim Azfar yang menggunakan peranti jenama One Plus.

Abang Baby@InjangNation

Pengguna android JANGAN SAVE dan set gambar ni sbg wallpaper sbb gambar ni ada malware yg akan meranapkan phone anda sampai restart berkali2, berisiko kena buat factory reset. Jgn cuba pun! Mintak kerjasama utk report tweet dan acc di bawah. Beli acc semata nak buat benda bodo. https://twitter.com/palinghanat/status/1267112152340377600 

NIZAM@NizamArif_

Jangan cuba2 , Samsung S20 Ultra pun terus rosak , nak bukak safe mode utk tukar wallpaper blk pun xboleh sebab restart none stop https://twitter.com/UniverseIce/status/1266943909499826176?s=19 

Menurutnya, sebaik saja menggunakan wallpaper berkenaan, telefon pintarnya terus terpadam.

“Memang akan padam sekelip mata. Saya tekan ok je dekat wallpaper, telefon akan terus jadi hitam, langsung tak boleh buat apa-apa, macam tu.

“Saya tak sangka pula dengan hanya wallpaper telefon boleh jadi rosak.

“Apa yang saya buat adalah hard reset dan padam segala data untuk hidupkan semula telefon,” katanya kepada Astro Gempak.

Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, bukan saja Mohamad Rahim mengalami masalah tersebut, malah ramai yang menjadi mangsa kegiatan ini.

View image on Twitter

Jangan cuba2 , Samsung S20 Ultra pun terus rosak , nak bukak safe mode utk tukar wallpaper blk pun xboleh sebab restart none stop.

Biarpun bukan semua peranti Android yang terjejas akibat masalah ini namun pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati.

(Visited 716 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button