Nasional

Menara Ilham milik keluarga Tun Daim disita SPRM

MENARA Ilham milik keluarga Tun Daim di Jalan Binjai Kuala Lumpur di sita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki seperti yang dilaporkan media.

Satu notis sitaan turut disiarkan dalam sebuah akhbar hari ini.

Sitaan harta tak alih itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib dan ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Bangunan yang mempunyai 60 tingkat di tengah-tengah ibu kota itu disita mengikut Akta SPRM 2009.

Menerusi notis sama, ia turut melarang segala urusan mengenai Menara Ilham atau disebut sebagai harta tak alih dalam notis berkenaan.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009, dan terletak hak pada saya mengikut Sekysen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah, saya Timbalan Pendakwa Raya, berpuas hati berdasar maklumat yang diberikan kepada saya oleh Pegawai SPRM, berkaitan Nombor Aduan: IPJ/RPT.NO/0145/2023.

“Bahawa terdapat harta tak alih, seperti dalam Jadual, adalah hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Dengan ini, mengeluarkan Notis kepada kamu supaya menyita harta tak alih seperti dalam Jadual tersebut; dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu.

“Kamu hendaklah serta-merta mencatatkan terma Notis ini pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabat kamu,” kata notis itu. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button