Nasionalpilihan

UK sumbang 415,00 dos vaksin AztraZeneca kepada negara

Kementerian Luar merakamkan penghargaan terhadap kerajaan United Kingdom di atas pemberian 415,000 dos vaksin AstraZeneca kepada negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemberian vaksin itu akan mempercepatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Mewakili kerajaan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sejawat, Menteri Luar Britain, Dominic Raab dan kerajaannya atas sumbangan untuk PICK.

“Ketika kami berhubung baru-baru ini, Raab menyatakan harapannya bahawa sumbangan ini akan membantu Malaysia dalam meredakan keadaan pandemik yang berlaku,” katanya.

Menurut Hishammuddin, sumbangan ini adalah simbolik kepada hubungan erat kedua-dua negara sekaligus akan mengeratkan kerjasama secara dua hala di pelbagai peringkat yang lain.

Jelasnya, negara sangat menghargai sokongan yang tidak ternilai yang diberikan oleh UK dan
percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama ke arah pemulihan.

“Ini juga merangkumi kerjasama melibatkan timbal balik pemberian vaksin,” katanya.

Tambahnya, sumbangan ini akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian yang berterusan dalam PICK. -SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button