Ekonomi

Malaysian Genomics jalin kerjasama dalam R&D Cannabinoid

PETALING JAYA 24 Feb. – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics), menjalin kerjasama strategik dengan Kensana Health Canada dan MAHSA University untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk fitofarmaseutikal dan bioteknologi yang boleh membawa kepada pengkomersilan.

Pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka itu berkata, kerjasama itu melibatkan
Kensana Health Canada iaitu pakar bioteknologi yang memfokuskan kepada R&D rawatan kanabinoid dan pengurusan luka yang bekerjasama dengan syarikat fitofarmaseutikal multinasional Jerman.

Turut terbabit Universiti MAHSA ialah universiti swasta Malaysia yang memberi tumpuan kepada sains kesihatan bersekutu dengan kampus seluas 48 ekar di Bandar Saujana Putra, Selangor dan populasi pelajar yang pelbagai dari 75 negara.

Pengarah Eksekutif Malaysia Genomics Datuk Alvin Joseph Nesakumar berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama strategik ini dengan MAHSA dan Kensana untuk mengembangkan aktiviti R&D menggunakan rumusan berasaskan tumbuhan untuk menghasilkan hasil yang boleh dikomersialkan di negara di mana undang-undang membenarkan penggunaan cannabinoid ubat-ubatan.

“Kami mempunyai pengetahuan pasaran dan kepakaran dalam pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan manakala rekod prestasi kerjasama dan perkongsian kami akan membantu menyokong tumpuan Kumpulan pada perniagaan biofarmaseutikal untuk pertumbuhan dan kemampanan.” katanya di sini hari ini.

Kerjasama strategik itu melibatkan ketiga-tiga pihak yang menjalankan R&D bersama mengenai penambahbaikan spesies, pengenalpastian, perumusan dan ujian pra-klinikal bagi fitokompaun baru dengan potensi nilai terapeutik dan komersial, antara bidang lain.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kensana Health Canada Ken Clement berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia Genomics dan MAHSA dengan menyediakan teknologi dan pengetahuan kami dalam memajukan usaha R&D.

“Kami mempunyai pengetahuan proprietari serta teknik yang terbukti dalam tanaman dan resipi kanabinoid yang standard dan mempunyai pendekatan unik untuk pengurusan luka di mana kami adalah peneraju dunia.” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan bagi kumpulan syarikat MAHSA dan Universiti MAHSA Datuk Dr. Shahril Haniffa berkata, kerjasama ini menghimpunkan pihak yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang mereka yang dinantikan untuk bekerjasama dan berkongsi dalam bidang yang universiti berminat untuk melihat diperluaskan.

” Selain mengenal pasti sebatian bioaktif baharu dengan potensi kegunaan terapeutik, kerjasama itu termasuk menawarkan program pendidikan dan latihan kepada pihak berkepentingan, termasuk profesional kesihatan, institusi pendidikan dan hospital yang juga merupakan komponen penting dalam memajukan sains kesihatan.” katanya.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button