Ekonomi

Kempen Go-eCommerce Onboarding & Shop Malaysia Online MDEC lepasi sasaran

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, hari ini mengumumkan status terkini inisiatif kempen Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online Belanjawan 2021, yang diterajui oleh Kementerian Kewangan.

Setakat Oktober 2021, kempen tersebut telah berjaya melepasi kedua- dua sasaran berkenaan dengan melibatkan 500,000 perniagaan dan menjana 85 juta transaksi dengan Nilai Barangan Kasar (GMV) lebih RM4.6 bilion.

“Kami amat teruja dengan perkembangan terkini kempen Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online Belanjawan 2021. Ini menjadi bukti jelas bahawa insentif yang disuntik oleh Kerajaan dan rakan yang
terlibat kepada rakan eDagang dan eBayar, telah memberi impak besar dalam membantu memulihkan ekonomi.

“Kami akan terus memecahkan  rekod berkenaan memandangkan kempen tersebut hanya akan berakhir pada 31 Disember 2021.

“Kerajaan menyedari keperluan industri dan kepentingan untuk meneruskan bantuan pemulihan dan pemangkin pertumbuhan ekonomi pasca pandemik. Oleh itu, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan untuknya di bawah Bajet 2022. Sebagai agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC akan terus memacu agenda eDagang kami dan mengembangkan ekosistemnya serta memenuhi keperluan Keluarga Malaysia yang Makmur, Inklusif dan Mampan,” kata  Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.

Katanya, sebagai sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2021, Kerajaan telah menyuntik pakej insentif bernilai RM200 juta dalam kempen berkenaan dengan menyasarkan untuk membantu perniagaan tempatan merangkumi pelbagai sektor untuk mengadaptasi platform eDagang dan eBayar, bagi meningkatkan keupayaan jualan dalam eDagang.

RM100 juta telah diperuntukkan untuk membantu perniagaan tempatan untuk mengadaptasi platform eDagang menerusi kempen Go-eCommerce Onboarding.

Data yang dijana setakat ini menunjukkan lebih 500,000 penjual telah menyertai kempen ini dengan 320,000 daripadanya ialah penjual baharu yang menggunakan platform eDagang.

Kempen berkenaan juga berjaya merekodkan pendaftaran seramai 157,566 usahawan wanita, sekali gus melepasi sasaran awal iaitu seramai 30,000 orang untuk tahun 2021.

Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online Belanjawan 2021 menyasarkan untuk menjana lebih RM1 bilion GMV menerusi 10 juta transaksi.

Kedua-dua sasaran berkenaan telah dilepasi dengan kempen berkenaan yang telah berjaya menjana RM4.6 bilion GMV menerusi 85 juta transaksi setakat Oktober 2021.

Seramai 32 rakan eDagang telah terlibat iaitu à la carte (revenue monster), Beep by Storehub, Boost, Delivereat, Dhause, Dropee, eRomman, EZAssist, Fave, Food Market Hub, Foodpanda, Grab, iBeli, Instant eStore, JDMas,

Jocom, Kravve, Kumoten, Lazada, Lokein, Mpay, PGMall, PrestoMall, Maybank, SenangPay, Shopee, Shopline, SiteGiant, Subplace, Touch ‘N Go eWallet, Wonderfly dan Zalora.

Kempen Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online Belanjawan 2021 masih berlangsung dan untuk menyertai atau mengetahui lebih lanjut boleh layari: http://www.mdec.my/belanjawan2021.\

Bagi mengetahui dan mengambil bahagian dalam program berkaitan eDagang pada masa depan, kami menggalakkan orang ramai untuk mendaftar di https://mdec.my/go-ecommerce/ dan ia adalah percuma.

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button