Ekonomi

Kerajaan mansuh subsidi langsung sektor bergelut masalah

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli berkata, Kerajaan mansuh subsidi langsung sektor bergelut dengan cabaran ekonomi dan akan digantikan dengan bantuan lain.

Beliau berkata, sektor yang berkenaan akan menerima bentuk bantuan lain untuk menambah baik struktur dan operasi.

Industri yang menghadapi cabaran ekonomi seperti kenaikan harga bahan mentah tidak lagi akan menerima subsidi langsung daripada kerajaan sebaliknya akan dibantu dalam bentuk lain, kata Rafizi.

“Kerajaan terbuka untuk membantu tetapi syarikat-syarikat ini akan menerima bentuk bantuan lain untuk menambah baik struktur dan operasi industri,” katanya seperti laporan FMT.

Tambah beliau, subsidi langsung tidak banyak membantu dalam menangani cabaran yang dihadapi syarikat kerana ia hanya penyelesaian sementara.

“Pendekatan kita sekarang adalah beralih daripada suntikan kewangan berbentuk subsidi semata-mata buat industri tertentu, yang tidak mengubah apa-apa.

“Kita lebih cenderung bekerjasama dengan industri supaya bentuk bantuan yang diberikan mampu mengukuhkan daya saing mereka.

“Contohnya, bagi industri yang bergantung kepada penggunaan gas, berbanding memberikan subsidi gas, kita lebih cenderung membantu mereka beralih kepada menggunakan biojisim, contohnya, sebagai sumber tenaga,” katanya. – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button