EkonomiNasionalpilihan

Malaysia capai tujuh kali ganda potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM77.25 bilion

Malaysia berjaya melepasi sasaran sebanyak tujuh kali ganda dengan potensi perdagangan dan pelaburan keseluruhannya berjumlah RM77.25 bilion dalam Ekspo 2020 Dubai.

Sedangkan sasaran yang ditetapkan Kerajaan adalah untuk mencapai antara RM8 bilion hingga RM10 bilion sahaja bagi pulangan perdagangan dan pelaburan sepanjang enam bulan penyertaan ke ekspo itu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kerana Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai memberikan impak yang positif.

“Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai telah membuka peluang kepada 426 buah syarikat tempatan
termasuk syarikat pemula, serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana mengembangkan sayap perniagaan
mereka ketika dunia sedang berdepan cabaran pandemik COVID-19.

“Kejayaan ini diraih melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian dan Surat Niat
melibatkan syarikat-syarikat serta pihak-pihak luar termasuk dari Amerika Syarikat, China, Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom dan Qatar,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi memaksimumkan peluang
perdagangan dan perniagaan, Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga
berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.

“Secara keseluruhannya, Pavilion Malaysia telah menerima sejumlah 1.2 juta pengunjung, malah disenaraikan
sebagai satu daripada lima pavilion paling hijau dan merupakan antara tujuh pavilion paling digemari oleh
media antarabangsa.

“Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku kementerian peneraju dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) selaku agensi pelaksana,” katanya.

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button