Nasional

Kejayaan 6 inisiatif dan usaha Kerajaan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia

MEMBANTU Keluarga Malaysia terutamanya rakyat dalam kategori B40 adalah satu agenda yang bersifat inklusif  oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Ini selaras dengan dasar Kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan supaya mereka dapat hidup dengan selesa.

Segala usaha kerajaan mendapat sokongan bukan sahaja daripada seluruh barisan ahli Kabinet tetapi juga dari kementerian dan agensi termasuk MOF.

Dalam melakar pelbagai bentuk bantuan atau inisiatif, kerajaan telah menggerakkan Bantuan Keluarga Malaysia sebagai satu usaha untuk meringankan beban kewangan rakyat.

Di bawah Bajet 2022, terdapat pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat. Antaranya:-

-Inisiatif SemarakNiaga telah memberi kemudahan kepada mereka yang terlibat dalam industri agromakanan untuk mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan.

-Inisiatif JaminKerja pula menyediakan peluang pekerjaan kepada bukan sahaja lepasan universiti tetapi juga golongan belia yang memerlukan pekerjaan.

-Subsidi Upah Bersasar diberikan untuk meringankan beban majikan dalam membayar upah dan gaji pekerja dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu.

-Inisiatif e-Pemula untuk belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

-Skim Jaminan Kredit Perumahan diwujudkan untuk membantu Keluarga Malaysia memiliki rumah mampu milik dan bukan rumah mampu lihat.

-Skim MySalam untuk semua penerima BKM membantu Keluarga Malaysia dari segi mendapatkan rawatan perubatan di pusat-pusat perubatan dan hospital di seluruh negara.

Kesemua bantuan kerajaan ini dihulur tanpa mengira siapa anda kerana Keluarga Malaysia merupakan keutamaan. – SM

(Visited 693 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button