NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis rasmi PPDK AnIPs di Kampung Guring

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis (PPDK AnIPs) di Kampung Guring, Arau.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen menyampaikan cederamata semasa perasmian PPDK AnIPs di Kampung Guring, Arau.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengerusi PPDK AnIPs, Dr Nazmin Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Hafizuddin Othman.

PPDK AnIPs telah ditubuhkan di bawah NGO Persatuan Sokongan Ibu bapa dan Remaja Istimewa Perlis (PSRIP) pada Oktober 2019 bertempat di Guar Halban, Mata Ayer dan bermula dengan hanya dua orang pelatih sahaja pada ketika itu.

Pusat ini kemudian telah berpindah ke premis sekarang kerana kekangan ruang belajar dan aktiviti kemahiran pada Jun 2022 di bawah pengurusan PPDK AnIPs serta di bawah seliaan JKM Negeri ini bermula 2 Mac 2021.

Pada ketika ini pusat ini mempunyai 20 pelatih OKU yang terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan dan dua orang OKU bekerja di bawah bimbingan 6 tenaga pengajar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatilul Shahreen tertarik dengan aktiviti oleh peserta PPDK AnIPs di Kampung Guring, Arau.

Dr Nazmin dalam taklimatnya berkata pusat ini diwujudkan bertujuan untuk menyediakan pemulihan dan Pendidikan kemahiran yang diperlukan oleh OKU kefungsian rendah seperti anak-anak istimewa yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti autism, disleksia, ADHD, slow learner, masalah pembelajaran spesifik, ketidakupayaan fizikal, pendengaran dan juga penglihatan.

Anak-anak ini dilatih dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan berpandukan kandungan modul yang diaplikasikan meliputi aspek pengurusan diri, pengurusan tingkah laku, sosioemosi, ibadah, hafazan, pra akademik, riadah dan kemahiran pekerjaan mengikut kesesuaian individu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bersama peserta dan mereka yang terlibat dalam PPDK AnIPs di Kampung Guring, Arau.

Modul ini juga memfokuskan untuk meningkatkan kefungsian anak-anak istimewa di PPDK AnIPs agar mereka mampu menjana pendapatan dan hidup berdikari kelak.

Kemuncak majlis ialah apabila Pemangku Raja dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan perasmian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis di ruang utama bangunan itu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan rasa gembira melihat perkembangan positif anak-anak ini dan berharap agar modul pembelajaran yang kondusif akan terus ditambahbaik untuk kebaikan masa depan mereka. – SM

BACA Masyarakat, kakitangan kesihatan perlu bersatu untuk sihat – Pemangku Raja Perlis

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button