Nasional

Malaysia bebas penyakit Anthrax

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memandang serius wabak disyaki penyakit anthrax yang telah dilaporkan media berlaku di Champasack Province, Laos pada 26 Mac 2024 lalu.

Melalui perbincangan ASEAN EOC Network VC: Anthrax Outbreak in Lao PDR yang diselaraskan oleh pihak KKM pada 2 April 2024, pihak berkuasa Laos mengesahkan bahawa tiada kes disahkan positif anthrax melalui ujian makmal pada manusia mahupun haiwan.

Penyakit anthrax ini disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis dan merupakan penyakit zoonotik iaitu penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia dan boleh membawa maut.

Penyakit ini boleh menjangkiti ternakan dan manusia melalui kontak langsung dengan spora yang dihasilkan oleh bakteria Bacillus anthracis.

Penyakit ini boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi pada haiwan ternakan.

Antara tanda klinikal penyakit ini pada ternakan ialah kematian mengejut, demam yang tinggi, lemah, moyok, lesu, sukar bernafas, bengkak di kawasan jangkitan, terutamanya di kawasan leher, muntah dan cirit-birit.

Dalam sesetengah kes, darah keluar dari hidung, mulut, atau dubur ternakan.

Para penternak perlulah melaporkan segera kepada DVS sekiranya mengesan sebarang tanda tersebut.

Untuk makluman, Malaysia bebas daripada penyakit anthrax semenjak kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada tahun 1976.

Sehingga kini, tiada sebarang laporan berkenaan penyakit anthrax di negara ini. Walau bagaimanapun, penyakit berkenaan sentiasa aktif di kebanyakan negara di merata benua. – SM

(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button