GajetJenayahNasionalNegeri

FB palsu guna nama isteri TMJ promosi penyaman udara

POLIS menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan penyamaran akaun Facebook yang menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 40 tahun itu membuat laporan pada jam 3.19 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) selepas mendapati akaun berkenaan adalah palsu.

Beliau berkata, dalam satu hantaran menerusi akaun berkenaan terdapat kapsyen yang menggambarkan Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan penyaman udara dari Jepun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu melalui penyamaran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kamarul menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – FMT – SM

BACA Poster Elaun Madani untuk penjawat awam, palsu

BACA Isu berita palsu masih topik utama HAWANA

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button