Politik

PKR tangguh pemilihan parti

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk menagguhkan pemilihan parti itu.

Keputusan tersebut diputuskan dalam Kongres Tahunan PKR hari ini yang bersetuju melulus usul penangguhan pemilihan parti dan tempoh memegang jawatan Majlis Pimpinan Pusat dan Jawatankuasa cabang 2018-2021.

Menurut Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail penagguhan dibuat berikutan risiko Covid-19.

“Pemilihan parti lazimnya berlangsung hampir enam bulan membabitkan peringkat Cabang, AMK, Wanita dan MPP.

“Ketika tempoh darurat dan PKP 3.0 yg masih berjalan meneruskan pemilihan dalam tempoh yg panjang terdedah kepada risiko Covid-19,” katanya.

Menurut beliau pemilihan PKR melibatkan sistem satu anggota satu undi yang berjalan secara himpunan fizikal.

PKR ketika ini mempunyai keanggotaan berjumlah 1,033,000 orang yang menyebabkan anggota parti terdedah risiko Covid-19 yang amat membahayakan.

Salahuddin Nasution berkata, penangguhan tersebut selaras Fasal 47.3 Perlembagaan PKR.

“Bagaimanapun penangguhan tidak boleh melepasi tempoh 18 bulan dari tempoh tamat pemilihan lepas dan pegangan jawatan.

“Satu tarikh pemilihan akan ditetapkan oleh mpp kemudian nanti,” katanya.

 

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button