Nasional

MAIPs beri bantuan bina hampir 4,000 rumah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan sebanyak 3,799 buah bantuan kediaman di seluruh negeri Perlis sejak tahun 2013 sehingga 2020.

“Syukur Alhamdulillah, hasil sumbangan dan kepercayaan para penyumbang zakat telah membolehkan MAIPs berupaya meluaskan manfaat dengan membelanjakan sebanyak RM9.16 juta untuk bantuan kediaman sepanjang tahun 2020 yang lalu sahaja”.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat meninjau buat kali ke duanya tapak projek membina dan menyiapkan pembangunan Masjid Baharu Al-Munir, Batu 5 Jalan Kuala Perlis yang dijadualkan siap pada penghujung bulan Mac 2021 yang akan datang ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pegawai Penguasa Projek iaitu Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Syed Zubir Syed Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim turut menambah bahawa sepanjang tahun 2020 yang lalu, sebanyak 727 buah rumah telah dibantu oleh pihak MAIPs melibatkan 3 skim bantuan berupa ‘Bantuan Sebuah Kediaman’, ‘Bantuan Baikpulih Penuh Kediaman’ dan ‘Bantuan Baikpulih Mikro Kediaman’ dilaksanakan melalui kerjasama 102 buah kariah masjid di seluruh negeri ini.

Keberangkatan baginda kali ini ialah sempena program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan Ke 2 Bagi Tahun 2021’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Ridzuan Kg Bohor Masjid, Kuala Perlis yang turut melibatkan persinggahan bagi menyerahkan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih.

Menyentuh mengenai projek masjid baharu yang mempunyai keluasan tapak 2.96 ekar dan keluasan masjid bersaiz 1,293 meter persegi tersebut, Ir Syed Zubir memaklumkan bahawa bila siap sepenuhnya ia akan mampu memuatkan seramai 850 orang jemaah menggunakan ruang solat seluas 378 meter persegi.

(Visited 1,136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button