Nasional

MA63: Sarawak mahu rundingan menang-menang

SARAWAK mengharapkan inisiatif untuk meneruskan rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Transformasi Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang pada 13 September lalu akan membawa kepada hasil menang-menang kepada negeri ini dan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, selepas 58 tahun pembentukan Malaysia, terdapat beberapa perkara yang tidak dilaksanakan mengikut Perlembagaan serta MA63 dan ia harus dibawa ke meja rundingan sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

Beliau berkata, rundingan antara dua pihak berhubung perkara-perkara itu sudah bermula sejak 2015 dan ia harus diteruskan untuk memastikan hak yang terhakis secara sengaja atau sebaliknya dikembalikan semula kepada negeri ini.

“Setakat ini, beberapa pencapaian yang cukup besar sudah kita perolehi untuk mengembalikan kuasa negeri yang telah terkikis selama bertahun-tahun.

“Antaranya memberi kuasa kepada Pegawai Undang-Undang Negeri sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya mengikut Kanun Prosedur Jenayah untuk menjalankan pendakwaan atas kesalahan mengikut ketetapan negeri dari peringkat seseorang didakwa di mahkamah rendah sehingga peringkat rayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam tadi.

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button