fbpx


Nasional

Mahathir, Presiden Rouhani adakan pertemuan di Putrajaya

PUTRAJAYA, 18 Dis– Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Iran Hassan Rouhani, yang kini berada di sini bagi menyertai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019, mengadakan perbincangan di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pemimpin Iran itu tiba di Malaysia semalam.

Pertemuan di bangunan Perdana Putra itu berlangsung selama kira-kira 45 minit.

Hadir sama Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Presiden Iran itu akan bersama-sama Dr Mahathir dan pemimpin negara Islam yang lain, menyertai Sidang Kemuncak KL yang bermula malam ini dan berakhir Sabtu.


Sidang Kemuncak KL bertujuan antara lain, membincangkan dan mencari penyelesaian baharu dan boleh dilaksanakan untuk masalah yang menimpa dunia Islam.

Menghimpunkan pemimpin, cendekiawan, ulama dan pemikir Islam, persidangan itu juga berhasrat untuk menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam selain berusaha untuk memulihkan tamadun Islam.

— BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button