Nasionalpilihan

PKPD: Tiga orang dibenarkan dalam satu kereta untuk ambil vaksin

POLIS membenarkan tiga individu (termasuk pemandu) untuk berada di dalam kenderaan bagi tujuan mengambil vaksin atau perubatan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan temu janji di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atai mesej pesanan ringkas (SMS) kepada petugas di lapangan.

“Bagi kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran akan diberikan secara case to case basis,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di 14 lokaliti dalam Kuala Lumpur 34 mukim di Selangor.

PKPD akan dilaksanakan selama dua minggu bermula esok dan ada diantaranya yang risau kerana perlu mengambil vaksin dalam tempoh tersebut. -SM

(Visited 636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button