fbpx
Berita

Macau scam: Pensyarah rugi lebih RM100,000

Seorang pensyarah membuat laporan polis mendakwa rugi RM116,349 selepas terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam.

Menurutnya sindiket berkenaan menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan syarikat telekomunikasi.

[BACA] Covid-19: China catat 11 kes baharu — Suara Merdeka

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 57 tahun mendakwa dihubungi suspek lelaki pada Selasa lepas.

Dalam panggilan itu, mereka kononnya daripada syarikat telekomunikasi yang mahu menyemak talian kerana dimaklumkan telah disalah guna untuk judi dalam talian.

“Mangsa mendakwa memberikan kerjasama kepada permohonan itu dan suspek pertama juga telah menyambungkan talian kepada suspek kedua.


“Suspek kedua kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban, Negeri Sembilan.

“Dia dikatakan memaklumkan selain nombor telefon, identiti mangsa juga digunakan untuk membuka akaun bank bagi menyimpan hasil judi yang berjumlah RM2.3 juta menyebabkan terdapat waran tangkap dikeluarkan terhadap dirinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

[BACA] Nyaris `terbang’ RM18,000, internet percuma `lubuk’ scammer? — Suara Merdeka
[BACA] Didoakan kena Covid-19, scammer minta maaf dengan mangsa — Suara Merdeka

Mohd Wazir berkata mangsa yang ketakutan mendakwa ‘Inspektor’ terbabit memberitahu waran tangkap itu boleh dibatalkan.

Namun mangsa perlu membayar sejumlah wang kononnya sebagai ‘jaminan’ untuk mangsa memberi kerjasama kepada siasatan apabila diperlukan.

Mangsa difahamkan telah membuat 14 transaksi pemindahan wang ke dua akaun yang diberikan suspek bermula Selasa sehingga semalam.

Bagaimanapun mangsa akhirnya gagal menghubungi suspek bagi bertanyakan ‘perkembangan kes itu’.

Sehubungan itu, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

[BACA] Normal baharu: Pendigitalan menyeluruh – Muhyiddin — Suara Merdeka
[BACA] Tubuh RCI siasat pendatang China, Rohingya — Suara Merdeka

Sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button