Nasionalpilihan

Macau Scam: RM327 juta kerugian dicatatkan sejak 2019 hingga kini

SEBANYAK 5,527 kes penipuan Macau Scam dengan kerugian berjumlah RM327 juta dilaporkan sejak 2019 hingga Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, untuk tahun 2019, 2,466 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM12 juta.

“Kes pada tahun lalu punya sebanyak 2,247 dengan jumlah kerugian sebanyak RM172 juta dan 814 kes dilaporkan tahun ini libatkan kerugian RM33,344.

“Statistik juga menunjukkan sebanyak 5,535 mangsa dilaporkan terlibat sepanjang tahun 2019 hingga bulan lalu.

“Individu dalam lingkungan umur 51 thun dan ke atas mencatatkan jumlah teringgi iaitu seramai 1,621 orang (29.3%); 41-50 tahun (17.8%); 31-40 tahun (25.3%); 21 hingga 30 tahun (26.2%) dan bawah 20 tahun (1.5%),” katanya.


Menurut Mohd Kamarudin, golongan berusia 51 tahun ke tas cendeung unutk menjadi mangsa penipuan kerana kurang pendedahan terhadap kes-kes penipuan yang berlaku.

Jelasnya, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi golongan ini yang lazimnya telah mempunyai aliran kewangan yang stabil, mempunyai wang simpanan.

“Kesemua ciri itu menjadikan peratusan untuk golongan tersebut menjadi mangsa penipuan adalah lebih tinggi.

“Amat menyedihkan apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan dalam menempuh hari persaraan hilang akibat menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Dalam pada itu ujarnya, komunikasi dalam kalangan ahli keluarga untuk menyalurkan maklumat serta perkembangan modus operandi penipuan sebegini adalah penting.

Tambahnya, golongan muda yang didedahkan dengan maklumat di media sosial disarankan untuk memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tidak menjadi mangsa penipuan. -SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button