Berita

Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup pada malam ini, sempena perarakan Thaipusam

SEMPENA sambutan Thaipusam yang akan diraikan pada Khamis ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengumumkan sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedate sempena sambutan Thaipusam.

Antara jalan yang terlibat adalah Jalan Tun H.S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (JaLan Ipoh) , Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Salah.

“Perarakan balik pedati akan bermula pada Jumaat in pada jam 3 petang melalui jalan yang sama dan akan dibuka secara berperingkat,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee.

Beliau menasihatkan kepada seluruh warga kota terutamanya kepada pengguna jalan raya agar mengelakkan daripada menggunakan jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan serta lencongan berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat diminta menghubungi Balai Polis

Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Trafik di talian 03-20260267.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai Himpunan Rakyat #daulattuanku dan penyerahan memorandum yang dirancang diadakan di Istana Negara esok, Allaudeen berkata pihaknya akan mengatur gerak anggota polis yang secukupnya.

“Kawalan keselamatan perlu diberi keutamaan dan setakat hari ini polis tidak menerima sebarang pemakluman daripada pihak penganjur,” katanya.

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button