Nasional

MIC nafi Saravanan disoal siasat SPRM

MIC menafikan dakwaan Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam pengambilan pekerja asing di Kementerian Sumber Manusia.

“Tiada siasatan dijalankan. Ia mengarut,” kata sumber seperti mana dilaporkan FMT hari ini.

Sumber juga memberitahu, beliau telah bercakap dengan Saravanan, bekas menteri sumber manusia berhubung dakwaan itu.

FMT telah cuba menghubungi Saravanan dan SPRM bagi mendapatkan penjelasan.

Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan bahawa Saravanan dan bekas pegawainya di kementerian tersebut disoal siasat oleh SPRM dua minggu lalu.

Sebelum ini, SPRM telah merekodkan kenyataan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan menahan tiga pembantunya berhubung kes rasuah. Salah seorang daripada mereka telah digantung kerja.

Sebelum ini dilaporkan, dipercayai berjuta-juta ringgit kemungkinan telah dibayar kepada pegawai kementerian untuk memastikan kontraktor tertentu mengekalkan kontrak mereka bagi pengambilan pekerja asing yang mereka perolehi di bawah kerajaan terdahulu.

Siasatan kini tertumpu dalam mewujudkan jejak wang selepas seorang ahli perniagaan yang ditahan SPRM didakwa mengaku telah mengambil wang daripada kontraktor untuk pegawai kementerian berkenaan.

Angka sebenar bagaimanapun tidak diketahui. – SM

BACA Bekas CEO MARii didakwa terima rasuah RM5 juta

BACA NGO minta SPRM siasat segera rasuah seks Exco kanan Melaka

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button