Nasionalpilihan

Lelaki gantung diri disyaki dijangkiti Covid-19

LELAKI yang ditemukan dalam keadaan tergantung di jejantas Lebuh Raya Silk, Balakong, Selangor disyaki menghidap Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan selepas menerima maklumat daripada orang awam yang terlihat seorang lelaki menggantung diri.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 56 tahun dan ditemukan dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

“Maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti COVID-19. Mangsa juga sebelum ini memberitahu yang dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas,” katanya.

Tambah Mohd Zaid, mayat berjaya diturunkan dengan bantuan daripada bomba dan dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat. -SM

(Visited 1,243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button