Nasional

2 warga asing maut dalam kemalangan

DUA warga asing maut dalam kemalangan tiga kenderaan di jalan utama antara Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, dekat Plaza Tol Bukit Beruntung di Hulu Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi selepas panggilan diterima pada 10.10 malam tadi.

Katanya, nahas itu membabitkan sebuah lori tangki, Hyundai Accent yang rosak di tepi jalan dan motosikal Demak EX90.

“Terdapat dua lelaki berusia 40-an yang menaiki motosikal disyaki terperosok bawah lori tangki dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button