Nasional

Lockdown: Kompeks membeli belah ditutup, beberapa sektor peruncitan dibuka

Kompleks membeli belah ditutup sepenuhnya. Kebenaran beroperasi diberikan kepada pasaraya dan perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Semua sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

1. Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.

2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja.

3. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan

4. Dobi (termasuk layan diri)

5. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan

6. Kedai cermin mata dan barang optik

7. Kedai hardware

8. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

9. E-dagang (semua kategori produk)

10. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja).

Secara am semua sektor ekonomi yang berkaitan dengan perkhidmatan perlu boleh beroperasi dari jam
8.00 pagi sehingga 8.00 malam kecuali;

  1. Pasar harian : 6.00 pagi hingga 2.00 petang

2. Pasar Segar Terkawal (PST) : 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

3. Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) :
6.00 pagi hingga 4.00 petang.

4. Pasar borong : 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang

5. Stesen minyak : 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi
sehingga 24 jam-SM

 

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button