Nasional

Covid-19: Selangor, KL lebih 5,000 kes

SEBANYAK 8,868 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Bukan hanya tertinggi sejak 1 Jun lalu tetapi kedua tertinggi yang pernah direkodkan sejak kali pertama COVID-19 dilaporkan di negara ini awal tahun lalu.

Tertinggi setakat ini adalah sebanyak 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Penyumbang kes tertinggi hari ini adalah Selangor yang mencecah 4,152 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,133 kes dan Negeri Sembilan, 897 kes.

Turut melaporkan kes yang tinggi beberapa negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini terutama Perak yang mencatatkan 543 kes manakala Pulau Pinang pula 237 kes.

Semalam, Perak melaporkan 187 kes baharu dan Pulau Pinang, 140.

Perlis pula kekal terendah dengan satu kes baharu hari ini manakala Terengganu (68 kes), Kelantan (135) dan Pahang (152).

Berbanding semalam, sebanyak 7,097 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini dengan 3,119 dikesan di Selangor.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,005 kes dan Negeri Sembilan, 788 kes.

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button