Politik

“Insya-Allah perjuangan untuk negara, rakyat dan bangsa akan terjaga,” – Tun Faisal

Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kini bergelar ahli Bersatu dengan nombor 1503134.

Tun Faisal menyifatkan penyertaannya ke dalam parti politik itu sebagai langkah baharu setelah muak dengan masalah dalaman UMNO.

“Hijrah, permulaan baru, ‘rumah’ baru, episod baru, rakan seperjuangan baru, perjuangan masih sama, demi islam dan ummah, seterusnya insyaallah perjuangan untuk negara, rakyat dan bangsa akan terjaga.

“Terima kasih sahabat-sahabat dari Putrajaya yang bersama dalam perjuangan. Sama-sama kita bina dan sambung semua agenda Permuafakatan Ummah dan Permuafakatan Nasional yang tergendala akibat disabotaj Kluster Mahkamah dan Kluster Munafik dalam UMNO,” katanya.

Tun Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan baharu yang menghulurkan tangan dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke dalam Bersatu dan Perikatan Nasional.

“Terima kasih TS Muhyiddin, DS Faizal Azumu, DS Hamzah, Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Razali Idris dan sahabat2 yang lain yang di atas kepercayaan dan persahabatan.

“Kepada rakan-rakan yang masih berada di dalam UMNO, yang sudah tidak sanggup lagi mendukung pemimpin yang khianat, penipu, tiada integriti dan bersikap munafik, dan kepada rakan-rakan dalam UMNO yang jijik dan tidak rela mengangkat seorang bekas banduan penjenayah liwat yang tidak jelas ideologi pegangannya, dan tidak sanggup diperalat untuk menyamak dan menyucikan Dap serta golongan liberal sekular dalam Pakatan Harapan, jemputlah BERHIJRAH bersama. InsyaAllah, HIJRAH itu suatu rahmat dan kelegaan,” tulisnya.

Bagi Tun Faisal, UMNO perlu dikembalikan ke landasan perjuangan yang benar dan mengembalikannya semula ke dalam Agenda Permuafakatan Ummah.

“Kepada rakan-rakan dalam UMNO yang masih kekal dan bertahan, kerana mencari ruang untuk menjatuhkan Zahid dan menyelamatkan UMNO dari kemusnahan, teruskan JIHAD dan PERJUANGAN, bersihkanlah UMNO dari pengkhianat, broker Anwar dan broker Dap, bersihkanlah UMNO daripada Kluster Mahkamah dan Kluster Munafik, bersihkanlah UMNO dari DALAM, dan InsyaAllah saya dan rakan2 akan membantu dari LUAR.

“Kepada rakan-rakan di media sosial, FB, Twitter, TikTok, Instagram yang sentiasa memberikan sokongan, mengucapkan kata-kata yang baik dan tidak lokek melafazkan doa untuk saya dan perjuangan kita bersama, terima kasih dan saya amat menghargainya.

“Insya-Allah, dengan sokongan dan doa rakan-rakan semua, kita angkat GERAKAN RAKYAT ini demi mendesak PERUBAHAN SEGERA dalam negeri dan negara. Salam perjuangan demi Islam dan Ummah, demi rakyat dan negara,” tulis Tun Faisal dalam Facebooknya. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button