Politik

Kerajaan PH Melaka tumbang, pakatan baharu akan dibentuk

Kerajaan Pakatan Harapan negeri Melaka tumbang apabila Barisan Nasional (BN) negeri itu mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan perkara itu, berkata gabungan itu hari ini mendapat 17 kerusi DUN sekaligus mereka akan sama-sama membentuk kerajaan negeri yang baru.

“Ketika ini BN mempunyai 13 ADUN, ditambah dua ADUN BERSATU iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) selain Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu ) menjadikan kita mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Secara rasminya, kerajaan negeri PH di Melaka ketika ini tidak lagi berfungsi sebagai kerajaan maka kita akan mengambil alih kerajaan yang akan diumumkan nanti.,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Ab Rauf seterusnya menambah ketua menteri yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Sementara itu kita akan menamakan Ketua Menteri Melaka dalam tempoh terdekat dan tidak ada satu nama pun diberikan pada hari ini dan kita akan memaklumkan kepada semua 13 daripad BN dan 2 daripada Bersatu akan dinamakan untuk menjadi Ketua Menteri Melaka dalam masa terdekat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan Alhamdulillah syukur kepada Allah swt sekali lagi kerana usaha ini dapat dilaksanakan,” tambahnya. – UMNO Online

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button