Politik

Bidikan ‘beliau’ tumbangkan PH Melaka

RAMAI yang mempersendakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Ia berpunca daripada cuplikan video pergaduhan dengan penduduk sehingga beliau terkenal dengan panggil ‘Siapa YB’.

Selepas itu beliau pula mencerita kisah usaha beliau mengurangkan populasi babi liar di Melaka di dewan undangan negeri.

Dek kerana tersalah menggunakan penjodoh bilangan babi sebagai beliau, Norhizam digelar beliau.

Tetapi hari ini beliau bukan lagi penembak beliau, tetapi menjadi penembak tepat.

BACA: ‘Awak YB ke, saya YB’ mengaku jadi barua, kini sokong PN

Bidikan beliau telah menyebabkan Kerajaan PH Melaka tumbang setelah Norhizam menyokong Perikatan Nasional (PH)

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi DAP Melaka.

Situasi itu turut mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak yang berjenaka memuat hantaran melalui facebook miliknya.

“Eh? Beliau lompat dari DAP dan beliau tumbangkan kerajaan PH Melaka?

“Memang juara penembak tepat. Tembak sekali je, kerajaan PH negeri tumbang terus,” kata Najib.

 

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button