fbpx
Politik

‘Awak YB ke, saya YB’ mengaku jadi barua, kini sokong PN

“Awak YB ke, saya YB’. Ungkapan itu amat terkenal bagi sosok tubuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee .

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Melaka hari ini tampil menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas tumbangnya pemerintahan Pakatan Harapan di negeri itu.

“SAYA mengaku saya jadi barua.” Demikian kata beliau dalam sidang akhbar yang mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka sebenar tadi,

Norhizam berkata, dia bertindak menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional demi orang Melayu.

“Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu yang mana saya sudah bekerja keras, mereka kata nak berkhidmat tapi saya tengok saya jadi barua saja.


“Bila saya hati dan jiwa raga saya serahkan (kepada kepimpinan sebelum ini), ini yang berlaku. Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

Menurut Norhizam dengan sokongan terhadap Perikatan Nasional, beliau bersedia dengan semua kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh DAP terhadapnya.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button