NasionalNegeri

Dadah: Dua tokan antara 183 ditahan di Kangar sejak Januari

DUA tokan antara 183 yang ditahan berkaitan penagihan dan pengedaran dadah dalam Ops Tapis Khas sepanjang 5 siri yang dilancarkan sekitar Kangar sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kesemua individu yang ditangkap berusia dari 16 hingga 58 tahun ini terdiri dari 161 lelaki dan 28 wanita.

Beliau berkata, dua tokan dadah yang ditahan ini berusia antara 30 hingga 41 tahun disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya, enam lagi individu dituduh mengikut Seksyen 39C(1) ADB 1952 yang memperuntukkan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan jika sabit kesalahan.

“Pelbagai jenis dadah bernilai RM30,980.76 telah dirampas di mana dianggarkan boleh diguna 400 penagih,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yusharifuddin berkata, daripada jumlah dadah yang dirampas itu melibatkan syabu (162.04 gram), heroin (91.94 gram), pil Yaba (0.88 gram), daun ketum (550.000 gram) dan cecair ketum (58.4 liter).

“Sebanyak 168 kertas siasatan dibuka di mana 156 individu telah dituduh di mahkamah manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, sasaran operasi adalah lokasi yang dikenalpasti sebagai tempat pengedaran dan juga penagihan.

“Antaranya kawasan penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), jeti nelayan, jeti haram dan “port” aktif yang menjalankan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.

Yusharifuddin berkata, Ops Tapis Khas ini dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dengan kerjasama JSJN Kontinjen Perlis,

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis.

“Polis amat mengalu-alukan maklumat dan kerjasama awam bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dengan menghubungi Bahagian Siasatan Narkotik IPD Kangar menerusi talian 04-9082222,” katanya. – SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button