fbpx
Politik

Bubar: SPR tunggu notis rasmi Speaker DUN Sabah

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berhubung pembubaran DUN negeri itu.

“Speaker DUN Sabah perlu keluarkan notis (kepada SPR) terlebih dulu. Apabila notis sudah diterima, baru SPR akan keluarkan kenyataan,” kata seorang pegawai SPR, ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dan ia telah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mohd Shafie, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, berkata beliau akan menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri dalam tempoh pembubaran tersebut.

DUN Sabah mempunyai 65 kerusi ketika ini.

Pada Rabu, bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dalam sidang medianya mendakwa memiliki majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri  baharu.- BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button