Nasional

Lelaki diliwat 8 kali secara bergilir-gilir oleh dua lelaki lain

SEORANG lelaki berusia 20 tahun tidak menjangka bakal berdepan detik hitam ketika sedang berjoging di Damansara, Petaling apabila dia menjadi mangsa liwat dua lelaki pada kelmarin.

Difahamkan, berlaku ketika mangsa yang pekerja sebagai pelayan restoran sedang berjoging sendirian di kawasan berhampiran rumahnya kira-kira pukul 7 malam.

Namun, dua suspek yang sedang minum minuman keras telah memanggil mangsa dan bertanyakan pelbagai soalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, secaa tiba-tiba tangan mangsa telah ditarik oleh suspek sebelum dibawa membonceng motosikal dan dibawa ke rumah suspek.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal. Mengikut pengakuan mangsa, dia telah diliwat secara bergilur-gilir oleh dua suspek tersebut sebanyak lapan kali dan dipaksa melakukan seks oral.


“Mangsa kemudian telah dihantar pulang oleh suspek ke kawasan berhampiran rumah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, susulan laporan dibuat mangsa, satu tangkapan telah dibuat kira-kira pukul 11 malam malam semalam di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama.

Ujarnya, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 31 tahun dan 36 tahun.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 36 tahun mempunyai dua rekod ke sjenayah dan seorang lagi bebas rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini mangsa sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan. -SM

(Visited 3,519 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button