Nasional

Empat rangkaian hotel TH ditutup, TH nak lingkup? tanya Najib

EMPAT rangkaian hotel di bawah Kumpulan TH Hotel and Residence Sdn. Bhd. (THHR) akan diitutup berkuatkuasa 1 April 2020.

Menurut surat pekeliling yang dikongsi di Facebook Najib Razak, empat hotel tersebut melibatkan TH Hotel Kinabalu, TH Hotel Penang, TH Hotel and Convention Center Alor Setar dan TH Hotel and Convention Center Terengganu.

Hotel-hotel tersebut telah beroperasi hampir tujuh tahun dan pekerja yang telah dikenalpasti sebagai berlebihan akan menerima skim penamatan pekerjaan.

“Penamatan operasi dan perkhimatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan memandangkan operasi pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut dan atau akan diambilalih oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

“Dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urushata Jamaah Sdn. Bhd. di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji,” kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Utusan Kumpulan THHR, Zulkefli Ahmad.


Menurut beliau pengurusan THHR  akan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan penamatan operasi dan perkhidmatan di hotel tersebut dari semasa ke semasa.

Menurut pekeliling tersebut sebanyak empat sesi townhall telah diadakan iaitu di ibu pejabat THHR di Kelana Jaya, Kota Kinabalu, Terengganu, Pulau Pinang dan Alor Setar pada bulan Disember lepas sebelum langkah berkenaan diambil.

Najib yang berkongsi surat pekeliling tersebut sempat melontarkan persoalan sama ada Tabung Haji masih lagi kukuh.

“TH nak linkup ke apa? Hotel-hotel TH terpaksa tutup selepas dipindah ke syarikat milik Kementerian Kewangan,” tanya Najib.-SM

 

 

 

 

(Visited 404 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button