Nasional

5 kluster baru

LIMA kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam melibatkan kes di Sabah, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Putrajaya.

Kluster PTS Tawau melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau, Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15423) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 103 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 1,671 individu telah disaring dengan 1,567 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Tenaga melibatkan subzon Batu Arang di Labuan. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi pada hari ini. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 12 tengah hari tadi sejumlah 103 individu telah disaring dan 57 kes dikesan positif dan 46 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Gedong melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, daerah Petaling di negeri Selangor, daerah Johor Baharu di negeri Johor, serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29341) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Kluster Wisma Saberkas melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30813) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif COVID-19.

Kluster Seridana melibatkan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32505) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Jumlah kes keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia mencecah 33,339 kes hari ini. Sejumlah 900 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih dari Covid-19 seramai 23,120 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 834 kes baharu dilaporkan dengan 831 daripadanya adalah jangkitan tempatan dan 3 kes lagi merupakan kes import.

Sabah mencatatkan jumlah jangkitan baharu iaitu sebanyak 503 kes. Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 157 kes. Labuan pula mencatatkan peningkatan hampir enam kali ganda daripada 18 kes positif semalam kepada 105 kes pada hari ini

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi Malaysia mempunyai sebanyak 9,968 kes aktif dengan 91 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dua kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 251 kes.

Kedua-dua kes melibatkan warganegara Malaysia di Sabah.-SM

 

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button