Nasional

Kelab Rakan Muda berniaga bazar cari dana bantu rakan susah

KETIKA kebanyakan peniaga di Bazar Aidilfitri di negeri ini berniaga untuk mencari keuntungan selepas dua tahun sepi disebabkan penularan wabak Covid-19.

Namun bagi enam ahli Kelab Rakan Muda Tangga Batu dekat sini pula pendekatan mereka menjalankan perniagaan di Bazar Aidilfitri Mega Klebang adalah untuk membantu rakan mereka yang masih tidak bekerja.

Mereka memberanikan diri menjalankan perniagaan menjual air balang bukan untuk duit kocek mereka semata-mata tetapi sebaliknya lebih ke arah mencari keuntungan dimasukkan ke dalam tabung dana membantu rakan yang susah.

Armieza Md. Zaini

Ketuanya, Armieza Md. Zaini, 37, berkata, mereka berpakat dan berkongsi modal menjalankan perniagaan walaupun hanya menyewa separuh tapak dan keuntungan yang diperolehi setiap hari dimasukkan ke dalam tabung dana yang ditubuhkan.

Menurutnya, melalui tabung tersebut sekurang-kurangnya dapat membeli baju raya kepada ahli kelab tersebut dan serta membantu rakan yang masih belum mendapat pekerjaan tetap bagi meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri tahun ini.


Di samping itu katanya, lebihan daripada keuntungan itu akan turut disalurkan untuk membantu golongan asnaf dan anak yatim serta golongan miskin.

“Kami berniaga di bazar ini bukan untuk mencari keuntungan untuk poket sendiri tetapi lebih kepada untuk mengumpula dana untuk membeli baju raya kepada ahli kelab dan membantu rakan-rakan yang hidup susah.

“Lagipun, kami yang berniaga setiap malam di Klebang juga memberi peluang kepada rakan-rakan yang masih belum mendapat kerja tetap dan dapatlah mereka cari rezeki sementara waktu.

“Alhamdulillah, sejak seminggu selepas bazar dibuka kami sudah dapat keuntungan untuk membayar separuh tapak sewa berharga RM2,500 dan kini mencari keuntungan untuk tabung dana kelab,” ujarnya semalam.

Armieza berkata, setakat ini perniagaan mereka berjalan lancar dan sambutan daripada orang ramai amat mengalakkan.

Menurutnya, selain menjual air balang mereka juga turut menjual jagung cheese leleh, air long chan, waffle dan kuih raya.

Luqman Abu Zarin

Sementara itu Pengerusi Kelab berkenaan, Luqman Abu Zarin, 27, berkata, kelab itu menjalankan perniagaan menjual air balang serta bermacam-macam lagi bertujuan mencari dana membantu ahli yang terjejas kerana tidak mendapat pekerjaan tetap.

“Keuntungan yang diperolehi akan diagi-agihkan bagi membeli barangan keperluan dan baju raya kepada mereka yang terlibat dan lebihan itu baru kita bantu golongan asnaf serta fakir miskin,” ujarnya. – SM Melaka

 

(Visited 137 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button