Nasional

Kluster baharu libatkan PATI masuk secara haram di Sabah

SATU kluster baharu iaitu Kluster Laut telah dikenalpasti dalam kalangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kunak, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, kes indeks kluster iaitu kes ke-9859 adalah seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau. Dia telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos 2020.

“Namun demikian, pada 5 September kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes.

“Isteri kes iaitu kes ke-9860 dikesan positif Covid-19 pada 8 September semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, isteri PATI berkenaan mula bergejala pada 6 September.

Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif Covid-19 telah dikesan.

Kes melibatkan anak dan jiran kes indeks iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862.

Sehingga hari ini sejumlah 49 telah disaring dalam kluster ini. Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina.

Daripada jumlah ini empat kes dikesan positif COVID-19; 14 individu negatif dan 31 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.-SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button