NasionalpilihanPolitik

RUU Akta Lompat Parti Jelas Utamakan Kestabilan – Muqharabbin

Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (pindaan) (No. 3) 2022 dan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang dicadang adalah sesuatu yang perlu.

Berdasarkan bacaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional begitu komited dalam menjamin kestabilan politik negara demi kepentingan rakyat.

Ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, ia merupakan sejarah yang amat besar apabila kerajaan dengan sokongan parti pembangkang ingin melihat negara stabil agar pelabur asing juga yakin dan berani untuk melabur di negara ini.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Ismail Sabri Yaakob yang berjaya menjadi Perdana Menteri yang mampu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen termasuk daripada parti pembangkang.

“Beliau juga berjaya meyakinkan akar umbi UMNO dan menunaikan janji beliau kepada parti,” katanya yang juga merangkap Ketua Pemuda Lembah Pantai.

Muqharabbin berkata demikian mengulas kesinambungan bacaan penggubalan RUU Perlembagaan (pindaan) (No. 3) 2022 oleh Perdana Menteri.

Katanya lagi, walaupun Ismail Sabri Yaakob bergelar sebagai Perdana Menteri, beliau adalah seorang pemimpin yang amat menghormati institusi dan mengutamakan kepentingan parti dan membawa kesemua yang diputuskan oleh parti.

Bagi Muqharabbin, kepercayaan yang telah diberikan tidak beliau sia-siakan kerana setiap perkara yang diputuskan parti adalah keutamaan untuk rakyat.

“Kini terpulanglah kepada rakyat sama ada ingin memilih mana intan mana kaca, parti mana utamakan negara, parti mana yang gila kuasa, parti mana yang huru hara, parti mana yang membela rakyatnya pada PRU 15 akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Muqharabbin juga memohon agar rakyat Malaysia tidak diperdaya dengan janji pembangkang yang suka mengadu domba dan membawa agenda yang tidak langsung membawa manfaat buat rakyat dan negara.

“Apa yang boleh saya sampaikan adalah Perdana Menteri kita sudah membuat satu keputusan yang tepat untuk rakyat dan amat mementingkan kepentingan kestabilan negara.

“Apabila politik stabil, negara pasti akan maju dan mapan serta rakyat akan mendapat manfaat yang besar daripada kemakmuran ini,” katanya.

Muqharabbin meminta untuk rakyat Malaysia tidak menilai Ismail Sabri Yaakob daripada sudut luaran sahaja kerana walaupun nampak lembut, ketegasan dan komitmen beliau dapat dilihat melalui keputusan dan keberanian dalam bertindak.

“Begitu juga UMNO. UMNO kini ia diterajui sebuah pasukan yang mantap dan telah banyak berubah kearah membawa agenda membela rakyat secara menyeluruh,” katanya.

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button