Hiburan

Legasi Perwira papar jatuh bangun usahawan ketika Covid-19

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia membuatkan ramai usahawan terutamanya yang terlibat dengan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) terumbang-ambing daripada segi pendapatan.

Malah, ada yang terpaksa menutup terus perniagaan mereka kerana sudah tidak mampu menampung jumlah kerugian yang tinggi.

Sedar dengan kesusahan yang dihadapi peniaga, pengasas Annem Leadership Solution, Datuk Faridah Hanim Haron tampil dengan idea menerbitkan rancangan untuk membantu usahawan yang terjejas.

Rancangan berjudul Legasi Perwira itu adalah hasil kerjasama Faridah Hanim atau lebih dikenali dengan nama Ibu Hanum bersama dengan Distric Le Production.

“Rancangan ini akan bercerita mengenai jatuh bangun usahawan pada sebelum dan sewaktu pandemik.


“Dalam rancangan ini, saya akan bantu usahawan untuk terus kekalkan momentum perniagaan mereka supaya terus berjaya ketika pandemik melanda,” katanya.

Ibu Hanim berkata, rancangan ini akan menampilkan enam usahawan daripada industri yang berbeza untuk ber kongsi kisah inspirasi dan jatuh bangun mereka sebelum dan ketika menghadapi pandemik.

“Tujuan utama saya untuk terbabit dengan rancangan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada mengenai dunia usahawan kepada masyarakat.

“Ketika terbabit dalam dunia korporat dahulu, saya ada terbaca laporan bahawa usahawan kita hanya mampu bertahan dalam tempoh lima tahun sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata, selain memaparkan kisah usahawan yang boleh dijadikan inspirasi, pelbagai tips yang dikongsikan dalam bentuk ‘easy to install’ di dalam sesebuah organisasi mahupun kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Ibu Hanim menyatakan banyak syarikat yang disenaraikan untuk terbabit dalam program ini, namun pihaknya hanya memilih enam syarikat sahaja sebagai permulaan.

“Untuk permulaan ini, saya memilih enam syarikat yang agak rapat dan pernah mendapat bimbingan saya.

“Sebenarnya ada juga syarikat lain yang disenaraikan, tetapi saya merasakan enam syarikat ini ada cerita yang boleh dibuat case study dan kisah mereka boleh dijadikan inspirasi,” jelasnya.

Antara syarikat usahawan yang terlibat dalam program ini seperti Leyna, De’Xandara, By Chefiza, Andorra Hospital, NFH Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.

Akan bersiaran sepanjang 30 minit setiap episod, Legasi Perwira akan mula ditayangkan saluran TV AlHjirah mulai 8 Januari 2021 pada pukul 9.00 malam. -SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button