Hiburan

Makan beramai-ramai di kedai makan, Shuib dan Siti Sarah dikompuan RM1,000

PADAH makan beramai-ramai di sebuah kedai makan, pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dikenakan kompuan RM1,000 semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mereka didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.
“Dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Azli, pemilik restoran itu juga telah dikenakan kompuan yang sama-sama kira-kira pukul 9 malam semalam.
Sebelum ini, tular di laman sosial gambar pasangan selebriti itu menjamu selera beramai-ramai di sebuah kedai makan. -SM
(Visited 1,149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button