Nasional

Kejamnya Ayah Ngah, rogol anak saudara sendiri

SEORANG lelaki berusia 41 tahun ditahan kerana merogol anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.

Difahamkan, mangsa telah dirogol sejak Mac hingga Disember tahun lalu di rumahnya di kawasan Sea Park, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan yang dibuat mangsa sendiri kira-kira pukul 12.51 tengah hari kelmarin.

“Mangsa memberitahu yang suspek ialah abang kepada ibunya.

“Kejadian rogol itu berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah atau adik beradiknya yang lain sedang tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek bagaimanapun berjaya ditahan pada hari dan lokasi yang sama kira-kira pukul 7.30 malam.

Ujarnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana kelakuan sumbang mahram.

Tambahnya, buat masa ini mangsa telah diberikan perlindungan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. -SM

(Visited 1,094 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button